
SYARIKAT MILIK
ADIAT RESOURCES
(m) SDN. BHD.
Kami menjalankan perniagaan dengan 2 jenama iaitu Tauke Pisau yang mengkhusus untuk pasaran pisau raya korban dan satu lagi jenama – Gearevo untuk lain-lain jenis pisau. Syarikat ini telah ditubuhkan sejak tahun 2017
PAKAR PISAU RAYA KORBAN
NO. 1 DI MALAYSIA SEJAK TAHUN 2017

Kami mempunyai kedai fizikal dan pejabat urusan yang terletak di 26-1, Jalan Damai Perdana 6/1E, Bandar Damai Perdana, Cheras 56000 Kuala Lumpur. Selain dari showroom, kami juga memiliki studio foto/video untuk tujuan pemasaran, bengkel pembuatan sarung pisau, bengkel mengasah pisau dan fasiliti yang lain.
Produk Paling Lengkap
Kami bukan sahaja menjual pisau, tetapi semua produk yang berkaitan pisau seperti pengasah pisau, sarung pisau, beg pisau, kapak, cleaver, alat penjagaan pisau, alat keselamatan pengguna pisau dan sebagainya.




Kami adalah satu-satunya kedai pisau di Malaysia yang menawarkan paling banyak pilihan jenama terkenal yang diimport dari luar negara seperti Jerman, Switzerland, Jepun, USA, Portugal, Sweden dan New Zealand.
Antara jenama yang kami tawarkan ialah F. HERDER, VICTORINOX, ICEL, CAMBRIAN, GIESSER, ACCUSHARP, SMITH’S, LANSKY, WUSTHOF, SWIBO, VICTORY, TRAMONTINA, F. DICK, KING, SAKAI TAKAYUKI, MORAKNIV, FROSTS dan banyak lagi!
PERKHIDMATAN PROFESSIONAL
Ke arah menjadi perniagaan yang kukuh dan dipercayai, kami turut memberikan perkhidmatan bertahap professional untuk kepakaran berikut:
- Khidmat mengasah pisau
- Khidmat memperbaiki pisau
- Khidmat ‘restore’ pisau lama
- Khidmat ‘customization’ pisau
- Khidmat membuat sarung pisau
- Khidmat laser engraving pada bilah pisau
- Lain-lain khidmat nasihat mengenai pisau

penguasaan jualan online
Selain dari menjual kepada pelanggan di kedai fizikal, pasaran kami yang lebih besar sebenarnya adalah dengan menjual melalui berbagai platform online yang mencakupi pelanggan dari seluruh Malaysia. 70% peratus pendapatan kami adalah dari jualan secara online!
SHOPEE
Kedai online kami di Shopee dengan lebih dari 20,000 follower dengan pencapaian ‘5 star rating’ sejak tahun 2018.
LINK: shopee.com.my/gearevo
TIKTOK
Akaun TikTok bersama TikTok shop kami dengan follower seramai 151,000 orang dengan berbagai konten viral dan menarik.
LINK: tiktok.com/@taukepisau
laman web kami sendiri
Untuk menjamin perniagaan online yang stabil dan progressif, kami turut memiliki laman web sendiri dimana kami mempunyai kawalan 100% ke atasnya.
Laman web kami sentiasa aktif dan dikunjungi lebih dari 10,000 pelawat setiap bulan. Telah mendapat review positif dari lebih 3,000 orang pelanggan sebenar.
LINK – www.gearevo.com

Gambar: Pengasas Tauke Pisau di Sakai, Jepun untuk mendapatkan hak pengedaran pisau premium dari negara tersebut. Kami juga pernah ke Solingen, Germany untuk urusan sedemikian. Usaha ini perlu dilakukan bila cara lain adalah lebih sukar
KEPAKARAN ‘SOURCING’ UNTUK PRODUK DAN PEMBEKAL ANTARABANGSA
Dalam bidang ‘retail’ kepakaran untuk mendapatkan pembekal adalah amat penting agar syarikat sentiasa dapat menjual produk terbaik dan yang paling laris. Ia juga membantu kami untuk mengatasi persaingan dari segi tawaran produk.
80% dari produk yang kami jual adalah produk yang kami import terus dari pengilang di luar negara. Ini bermakna, kos kami lebih rendah dengan keuntungan yang menarik
STATUS ‘SOLE DISTRIBUTOR’
Semasa musim raya korban, 70% pisau yang kami jual adalah dari jenama F. Herder, satu jenama berkualiti sejak tahun 1727 buatan Jerman.
Kami telah berjaya mendapat hak ‘sole distributorship’ untuk jenama ini di Malaysia. Ini bukanlah satu tugas yang mudah, tapi sangat berbaloi kerana dengan status ini, kami mendapat harga yang jauh lebih murah, dapat membekal semula kepada penjual lain dan kami berkuasa untuk membuat penetapan harga

PERMINTAN MENDADAK

Pada setiap tahun, 2 bulan sebelum raya korban, jualan syarikat akan menampakkan peningkatan. Jualan akan melonjak secara dramatik 2 minggu sebelum raya korban.
‘Serbuan’ pelanggan secara mendadak memerlukan persediaan dan sistem pengurusan yang rapi. Sememangnya kami telah bersedia untuk situasi ini.

Gambar menunjukkan salah satu sudut dalam kedai kami menjelang raya korban. Ketika ini, waktu operasi kedai kami akan dilanjutkan sehingga jam 12 tengah malam dan kedai kami dibuka setiap hari bagi menampung permintaan pelanggan

Untuk musim raya korban, kami juga akan menambah staff sehingga 20-25 orang dan kami bekerja secara shift untuk 24 jam

Untuk menjadi usahawan berjaya, Hasnuddin percaya bahawa seseorang itu perlu faham mengenai produk yang dijual, keperluan pelanggan dan keadaan dalaman industri itu sendiri. Beliau seringkali terlibat dalam aktiviti penyembelihan dan memproses daging ketika raya korban.
PENGASAS TAUKE PISAU
Perniagaan ini diasaskan oleh Hasnuddin Abu Samah. Beliau yang kini berusia 50 tahun, mempunyai pengalaman berniaga selama 25 tahun. Beliau berkelulusan Diploma Fotografi dari ITM dan telah berniaga secara sambilan sejak zaman kolej lagi.
Beliau memulakan perniagaan pada tahun 2000 dalam bidang fotografi dan telah mencapai kejayaan yang membanggakan dalam bidang tersebut. Perniagaan menjual pisau dimulakan pada tahun 2017 secara kecil-kecilan sehinggalah mencapai kejayaan seperti pada hari ini.
Kepakaran beliau dalam bidang kreatif seperti fotografi dan videografi amat membantu perniagaan ini dari aspek pemasaran dan penjenamaan.
Secara semulajadi, beliau adalah seorang yang teliti, bekerja keras dan sentiasa cuba memberikan hasil yang terbaik.
Beliau juga percaya bahawa pengurusan dan sistem perniagaan yang baik adalah amat penting bagi membolehkan perniagaannya berkembang tanpa bergantung kepada dirinya sebagai pengasas perniagaan.

Tauke Pisau dan Gearevo adalah jenama yang dimiliki sepenuhnya
oleh ADIAT RESOURCES (M) SDN. BHD.
Alamat kedai dan pejabat:
26-1, Jalan Damai Perdana 6/1E,Bandar Damai Perdana,
56000 Cheras, Selangor
Tel: 03-9100 1600 / 010-213 6490 / 011-1004 5641
E-mel: sales@gearevo.com
Laman web: www.gearevo.com